Skip to main content

Day 3: Back Home

Pagi-pagi macam semalam Hubbs turun bawah ke meeting room untuk bengkel dia. Baru setengah jam dia naik semula. Rupanya semalam tu kira semua dah settle dan pagi tu bengkel cancel. Cepat-cepat siap untuk pergi breakfast gerai semalam. Ingat nak try nasi dagang pulak. Sampai dalam 9.30am banyak yang dah habis😔. Sebab hari Ahad kot. Makan nasi minyak jugak. Memang sedap walaupun dengan ayam goreng kunyit saja. Gerai yang we all pergi tu just about 500 meters from jalan masuk ke Suria Cherating. Ada 2 gerai sebelah-sebelah. Lepas tu balik semula ke hotel, kemas barang dan check out. Banyak tempat nak singgah lagi.

First stop ialah gerai keropok lekor dan satar. Betul-betul opposite jalan masuk ke Suria Cherating. Sebenarnya balik daripada breakfast tadi dah beli keropok lekor sikit tapi macam mahal pulak. Beli kat gerai-gerai besar berderet-deret. Yang ni authentic sebab ada makcik tengah uli keropok dan rebus dalam periuk besar. Hmmm... entah-entah gerai yang kita orang beli tadi makcik ni suppliernya?
Murah keropok lekor kat sini. 
Satar pun sangat sedappp😋

Next nak cari kot ada kain batik murah untuk my tote bag project. Kita orang masuk jalan kampung ke dalam area tempat fireflies semalam. Semalamnya borak-borak dengan anak comel yang Cherating ni nampak sunyi. Rupanya kat dalam-dalam tu baru happening. Banyak small chalets, gerai batik dan gerai makan. Foreign tourists pun kat situ rupanya! So, lain kali tau dah nak stay kat mana😎. Batik? Tak jumpa yang murah.

We moved on - ke Master Cendol. Tak puas makan cendol semalam, Hubbs nak lagi. Anak comel pulak nak tapau sotong celup tepung. Yang bagusnya Master Cendol ni, boleh top-up cendol kalau dah habis.
Hubbs makan sampai 2 mangkuk😀

Lepas tu singgah satu gerai souvenir tak jauh dari situ. Not much lah actually. Quite surprised Cherating tak banyak gerai souvenir. T shirts pun agak mahal tak macam Kuala Terengganu.

Selesai semua bermulalah perjalanan balik. Ingatkan nak singgah RnR Temerloh for lunch tapi kereta punyalah banyak. Orang ramai balik daripada holiday so tak jadi. We stopped at Lanchang untuk solat dan makan yang tapau tadi. Nasib baik memang tak ada plan nak makan patin tempoyak kat Temerloh tadi!

So, that was our journey to Cherating. An unplanned trip but quite a memorable one😎.

Anyway... banyak accommodation di Cherating yang sesuai untuk semua budget. Check out Trivago ya.

Comments