Skip to main content

Day: 1 - 2: Menuju Bromo

Dari Madakaripura kami terus ke Bromo. Pakaian yang lembab tidak ditukar. Masing-masing punyalah malas. Perut berkeroncong minta diisi tapi dijanjikan makan bila sampai di Bromo. Supir berhenti di Indomaret untuk kami beli roti dan minuman untuk bekal esok. Dapatlah alas perut.

Maka bermulalah perjalanan melalui jalan berliku-liku menaiki kawasan pergunungan. Hari gelap walaupun jam baru 6.30 petang. Memang tak nampak sangat apa yang ada di sekeliling. Yang pasti, jalan asyik menegak dan engine Avanza mengaum-ngaum membawa kami yang berat ni naik gunung😂.

Setelah hampir sejam, kami sampai. Sepanjang perjalanan ada saja orang buat "roadblock". Supir kami abaikan saja. Cuma bila dah sampai di atas baru dia berhenti bila ada sekumpulan orang tahan. Suspen juga. Rupanya memang mereka yang menunggu tetamu berkumpul di situ. Wakil homestay akan lead the way bawa tetamu ke tempat penginapan. Kami menginap di Tony's Homestay. Homestay comel 2 bilik dengan attached bathroom. Ada ruang tamu dengan sofa yang simple.

Keluar saja daripada kereta baru sedar udara di luar sangat sejuk. Dah lah masing-masing tak tukar baju tadi. Terus menggigil disapa angin gunung. Cepat-cepat angkat beg masuk homestay. Bila buka kasut, lantai pun sejuk! Segera volunteer untuk guna bathroom dulu. Bukan mandi pun. Freshen up dan tukar baju. Walaupun ada air panas, rasa macam hilang akal kalau mandi sejuk-sejuk macam tu!

Sebelah homestay kami ada gerai. Masing-masing order nasi goreng ayam dan mee sup makan di ruang tamu. Bila suap nasi masuk perut, memang rasa sedap sangat! Bukan apa, perut lapar, cuaca pulak sejuk...

Servis di homestay Bromo agak bagus. Wakil homestay bagi briefing untuk perjalanan esok. Jam berapa kena siap dan siapa driver yang akan bawa kami nanti. Katanya driver akan ketuk pintu kejutkan kami bangun. Yang tak seronok hanyalah penjual yang menebeng depan pintu pujuk suruh beli gloves dan warmers. Lepas sorang, muncul sorang lagi. Selagi pintu tak tutup, memang dekat muka pintulah mereka menunggu.

Jam hampir 11.30 malam baru nak tidur. Bila dah sejuk, otak rasa beku tak boleh nak fikir apa. Suhu malam tu 5०C. I pakai 2 lapis baju, fleece sweater hood siap ikat tutup telinga dan stokin tebal. Masih lagi sejuk! Pakai gloves. Baru OK. Sebenarnya baju yang dipakai tu persiapan untuk naik Bromo. Esok pagi sah-sah tak berdaya nak mandi kan? Kena bangun jam 2.30 pagi sebab driver akan datang jam 3 pagi. Kurang 3 jam lagi baik I siap terus!

Bila dah excited nak rasai cabaran baru, adrenaline rush buat I hyper 😂. Lagipun I kalau tukar tempat tidur memang tak boleh tidur. Jam 1.20 pagi dah bangun. Asalnya sebab confuse dengan timing. Jay siap tegur - oiii... tidur balik lah awal lagi! Terawal satu jam rupanya. Mata tak boleh nak lelap bukak telefon lah jawabnya. Reception di kawasan Bromo memang bagus. Lagi-lagi sebab menara telco bergerak tidur sebelah I!

Jam 2 pagi dah mula dengar suara-suara di luar. Bunyi orang dan kenderaan lalu-lalang. Kami semua terus siap-siap. Jam 3 pagi dah terpacak depan homestay tunggu driver sampai. Kami akan naik jeep untuk ke Penanjakan dan Bromo. Simpang di hujung jalan mulai penuh dengan jeep yang berderet-deret. Rupanya di Bromo pun macet! Driver sampai jam 3.30 pagi. Punyalah dia minta maaf sebab terperangkap dalam macet katanya.
Siap sedia sudah. Macam nak ke Everest saja kan? 😅
Menunggu driver jeep di depan homestay. Cepat lah weehhh... sejuk gila ni. Bila bercakap asap keluar tau!

Lalu bermulalah adventure kami ke Penanjakan dan Bromo. Ada beberapa tips nak kongsi.
1) Ambil wuduk awal-awal sebab akan solat di Penanjakan. Di sana ada surau kecil. Boleh je ambil wuduk di sana. Tapi hilang akal nak ambil wuduk air sejuk macam ais!
2) Bawa air minum secukupnya. Kami bawa sorang 2 botol air mineral kecil.
3) Bawa bekal biscuits atau roti untuk dimakan sebelum naik Penanjakan. Bolehlah singgah di gerai-gerai untuk makan atau minum tapi akan buang masa sebab nak cari spot bagus tengok sunrise.
4) I tak ada winter jacket, jadinya I pakai 3 lapis baju kat dalam - compression shirt, my trail run shirt yang agak tebal, T shirt wool (yang selalu pakai pergi tengok wayang!). Luar pakai fleece jacket yang ada hood. Walaupun pakai tudung, better pakai jacket yang ada hood sebab sejuk sampai telinga.
5) Memakai gloves sangat digalakkan. I beli kat Daiso je yang material fleece. Sangat membantu walaupun bila nak ambil gambar kena buka sekejap. Sejuk sampai hujung jari rasa kebas.
6) Pakai hiking shoes.

Next: Day 2 - Penanjakan

Comments