Skip to main content

Langkawi Trip - Day 3

Cuaca masih suram jadinya plan nak ke Kilim GeoPark dibatalkan. Nampak dari jauh laut macam bergelora sikit. Bukan apa, dah kerjanya asyik makan. Takut lak bila dilambung ombak isi perut semua keluar. Jadinya hari ke 3 banyak drive around dan singgah tempat shopping. Tak apalah, tak ada rezeki nak adventure naik bot.

Plan nak cuba nasi dagang Pak Malau yang famous tu pun tak kesampaian. Ada notis di situ - "Cuti Kecemasan". Alaaa... tekak dah terliur nak rasa nasi dagang yang katanya marvelous tu. Tapi area kedai tu memang sangat cantik. Tepi sawah lagi. Siap ada kereta antik tersadai kat tepi sawah tu.
I love this picture :)

Terus ke Kuah cari breakfast sebab nak merayau area tu. Dapatlah rasa Roti Bistik yang agak famous juga. Cumanya, Aliyah and I agree that eating blackpepper sauce in the morning doesn't do well with our stomachs :). 
Roti bistik di Restoren Terung.

Lepas tu aktiviti shopping walaupun I ni memang tak plan nak shopping pun. Tapi ok juga survey barang-barang yang duty free. Ada yang memang obvious sangat murahnya. Ada yang sama saja macam di sini. Masalahnya I jumpa perfume yang kat Parkson lagi murah ni. How la? Unlike other women (agaknya lah), I don't find things like periuk Visions dan pinggan-mangkuk Corelle membuat hati membuak-buak nak beli. Untung sapa kahwin dengan akak korang ni ok :). Antara tempat yang kita orang pergi - macam-macam kedai di Kuah (keluar masuk kedai memang tak ingatlah nama) dan yang orang kata must-go iaitu Idaman Suri.
Sesi beli perfume. Kedai ni memang murah. Berdepan dengan kedai sports. I got myself Sunflower by Elizabeth Arden. Lama betul tak beli perfume. Selalunya tunggu Hubbs bagi present je :). 

Lepas shopping, lawatan sambil belajar sejarah ke Makam Mahsuri. Tempat tu sedang major transformation. Nak masuk kena bayar RM12 untuk adults. When we arrived, orang memang tak ramai sebab tengah minggu. Tapi yang tak berapa puas hati ialah - taulah orang tak ramai tapi janganlah layan sambil lewa. Bila lalu dekat tempat alat muzik Caklempung at least mainlah muzik walaupun sekejap kan. I tunggu lah juga sekejap kot-kot dia orang nak main tapi buat-buat tak tau je. Grrr... lepas tu, nak tengok video sejarah Mahsuri kena mintak pada reception barulah dipasang. Tak ada siapa yang observe kawasan. Kena peka sikitlah ye.
 Rumah Mahsuri. Dapatlah tunjuk pada Aliyah suasana rumah kayu zaman dulu. I sempat merasa balik kampung rumah kayu arwah Atok & Nenek masa kecik-kecik dulu.
Orang kata cuci muka air perigi Mahsuri boleh awet muda :)

Petang balik hotel rehat-rehat tepi beach sambil tunggu sunset. Meriah juga watersports kat Pantai Tengah. Pantai pun memang boleh mandi.
 Pulau tu namanya Pulau Tepor. Teringat Hiking & Camping Club trip ke Pulau Rebak Kecil masa 2nd year PPP/ITM dulu...

Dinner malam tu sangat awesome. Mula-mula cari satu restoren ni tapi macam dah tak wujud lagi. So we went to the next in list - Selera Lubuk Buaya di area Pantai Cenang. Sangat awesome! Most of the dishes we ordered memang sangat sedap. Yang paling best ialah bila bayar. Harga agak murah berbanding dengan food yang kita orang order. Thumbs up. 
 Udang butter, tomyam seafood, somtam, sotong goreng tepung, kailan ikan masin...
 Paling best ni - siakap steam limau. Sedappp...
Tengok tu. Tinggal tulang je :)

Comments